Friday, 29 April 2011

Bunga Rose - disebalik keindahannya


ramai orang tertanya2 apakah maksud disebalik warna bunya ros yg diberikan oleh seseorang. adakah benar kita boleh menilai ketelusan hati seseorang melalui warna bunga yg diberikan. tentu tidak kan... tetapi walaubagaimanapun setiap warna pasti mempunyai feel yg berlainan oleh itu mari kita lihat warna yg sesuai untuk sidia 

Rose merah

Maksud yg ada pada bunga ros merah ini adalah yang paling jelas. Ia bermakna "Aku cinta padamu." warna ini dapat mempamerkan betapa hebat dan hangatnya cinta kamu pada sidia. wow


Rose pink gelap














Maksud yg tersirat pada bunga ini pula mempunyai makna "terima kasih". Jika seseorang yang anda kenal melakukan sesuatu yang menyenangkan untuk anda, memberikan mawar pink terang adalah cara yang baik untuk mengatakan "terima kasih".

Rose Pink lembut















Rose pink yg lembut membawa erti kebahagiaan. sangat mempesonakan apabila pasangan anda memberikan bunga rose berwarna pink lembut ini kerana ia membawa maksud "saya sangat selesa dan bahagia bila disampingmu".

Rose putih














mawar putih pula melambangkan ketulusan dan kemurnian. ini dapat menunjukkan keikhlasan seseorang dalam menjalinkan hubungan walaupun keikhlasan itu tidak dapat ditunjukkan secara zahir tetapi dengan memberikan jenis rose berwarna putih adalah salah satu cara terbaik untuk mempamerkan keikhlasan anda.


Rose kuning














Mawar kuning melambangkan persahabatan dan mengambil berat. Ini adalah hadiah yang begitu sempurna untuk diberikan kepada rakan-rakan atau diberikan kepada orang yang dicintai apabila anda  ingin mengatakan "bahawa sesungguhnya aku mengambil berat terhadap kamu". jika diberikan kepada teman pula membawa maksud "Saya senang dengan persahabatan kita." 



 Lavender Rose

















mawar berwarna lavender adalah simbol apabila seseorang itu "jatuh cinta". Anda boleh memberi kepada seseorang yang yang membuatkan anda terpikat dan berkata"Aku telah jatuh cinta dengan anda dan aku begitu terpesona denganmu."(untuk yg baru nak mengorat laa hehe)



Rose orange














rose oren pula adalah simbol dari keinginan. "Aku menginginkan kamu" atau "Aku ingin mengenal kamu dengan lebih dekat" ini adalah mesej yang dibawa oleh mawar oren. agak sensitive dan boleh disalah ertikan. sebaik-baiknya anda datang dengan penjelasan bersama bunga berwarna oren ini.


Rose hitam














Jangan sesekali memberikan rose hitam kepada seorang wanita walaupun anda sukakan warna hitam , kerana sayangnya, warna rose ini membawa erti "mati". ia juga mahu menunjukkan bahawa orang yg diberikan tidak pernah wujud atau hadir didalam hati mereka.

 














Warna rose jenis ini adalah paling sukar ditemui dan juga paling sukar untuk ditanam oleh kerana itu ia membawa maksud yg misteri kepada pemberi dalam menyatakan maksud isi hatinya. walau bagaimanapun bunga ini selalu dilambangkan oleh pemberi untuk memberitahu sang penerima bahawa "kamu mencuba mencapai sesuatu yg mustahil" walaubagaimanapun dia tetap berdiri dibelakang menyokong anda.



Rose Biru

Wednesday, 27 April 2011

Seri tubuh - berSenam mengGunakan Dumbell dan Bangku




ah ha jum kiter...
senaman lak kan bdan kna chat tuk menaikkan seri tubuh muka dan segala seri laa...org nk kawen pun kna ada seri bro...apa kata kita try..

Senaman  ini dikenali sebagai one arm dumbell atau menggunakan dumbell sebelah tangan. Rutin ini baik untuk membina ketebalan pada bahagian bawah dan tengah di belakang badan.

Jika dilakukan dengan tertib dan posisi badan yang betul, senaman ini boleh meningkatkan kekuatan bahagian bawah pada belakang tubuh. Jika tidak dilakukan secara salah, senaman ini boleh memberi kesan buruk kepada bahagian sama hingga menyebabkan kecederaan.



Senaman ini dapat memberi kesan kepada otot badan iaitu latissimus dorsi; teres major; posterior deltoid; trapezius; rhomboids; biceps; brachii; brachialis dan brachioradialis.

Maklumat senaman ini dikongsi jurulatih kecergasan Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis manakala teknik senaman ditunjukkan Fareed Amin.

Langkah

1. Berdiri di sisi bangku dengan lutut kiri anda diletakkan atas bangku yang rata. Tapak tangan kiri diletakkan pada penjuru bangku. Sebelah lagi kaki diletakkan atas permukaan lantai dengan lutut dibengkokkan. Pastikan ada ruang antara sisi bangku. Ini adalah posisi permulaan untuk senaman ini.

2. Genggam dumbell menggunakan tangan kanan dengan tapak tangan menghadap ke dalam. Tarik tulang belikat ke belakang dalam keadaan lengan anda lurus.

3. Sambil menarik nafas, secara perlahan-lahan, tarik dumbell ke belakang dan ke atas sejauh anda mampu. Siku berada dalam keadaan melengkung. Tahan posisi ini untuk beberapa saat serta beri tekanan kepada kedua-dua tulang belikat.

4. Selepas itu, secara perlahan-lahan, turunkan dumbell ke posisi permulaan tadi sambil menghembus nafas. Ulang pergerakan ini sebanyak mana yang anda mampu.

Lakukan teknik yang sama untuk kaki dan tangan kanan.

Tip

1. Jika anda menggunakan dumbell lebih ringan, alat akan mudah terkeluar dari lingkungan paha anda. Jika menggunakan dumbell lebih berat, ia akan bergerak selari dengan paha anda. Sehubungan itu, dumbell lebih berat adalah lebih selesa dan sihat untuk bahagian bawah belakang badan. Ini kerana tentangannya adalah dalam lingkungan sokongan.

2. Bahagian atas badan anda mesti agak selari dengan permukaan lantai.

3. Penting untuk memastikan bahagian bawah belakang badan dalam keadaan melengkung sepanjang pergerakan senaman. Ini untuk mengaktifkan bahagian latissimus (otot pada sisi badan) secara maksimum serta melindungi bahagian bawah belakang badan daripada tercedera.

4. Angkat siku ke belakang dan ke atas sejauh yang anda boleh. Jarak gerakan mengangkat ini akan bergantung kepada jumlah berat yang digunakan. Namun, cuba pastikan jarak angkatan anda sebesar mungkin apabila menggunakan dumbell lebih berat.

5. Turunkan dumbell perlahan-lahan, ke bawah dan ke depan. Gerakkan torso (tengah badan) arah sama bagi mendapat regangan sepenuhnya.

6. Tulang belikat perlu ditarik ke belakang sepanjang gerakan senaman ini. Jangan biarkan bahu jatuh ke bawah ketika melakukannya. Pastikan keseluruhan bahagian torso tidak bergerak.

7. Bagi memastikan anda tidak bongkok ketika melakukan senaman ini, letakkan tangan anda lebih depan di penjuru bangku. Ini dapat memaksa badan anda untuk meregang dan secara automatik meratakan bahagian belakang. Satu lagi cara ialah dengan memastikan muka anda memandang ke depan.

8. Jika anda mendapati bahagian belakang badan tidak terasa tegang ketika melakukan senaman ini, cuba lakukannya tanpa meletak lutut atas bangku. Biarkan kedua-dua kaki di atas lantai. Cuba pastikan posisi bahagian atas badan sentiasa mendatar. Tanpa meletakkan lutut ke atas bangku juga akan menegangkan bahagian belakang anda ketika melakukan senaman.

9. Untuk mendapatkan genggaman dumbell lebih baik, pegang dumbell hingga ibu jari dan jari telunjuk ditekan ke atas, berlawanan dengan bahagian dalam piring dumbell sebelah depan. Dengan genggaman lebih baik, anda boleh ulangi senaman ini dengan lebih kerap.

Kesalahan lazim ketika melakukan rutin one arm dumbell rows

1. Bahagian bawah belakang badan yang terlalu membongkok. Ia berbahaya kepada bahagian bawah belakang badan kerana otot erector spinae tidak dapat mengecut untuk menyokong tulang belakang.

Sehubungan itu, beban disalurkan terus kepada tulang belakang. Pastikan badan anda mendatar dengan bahagian bawah belakang badan melengkung. Bagi mengekalkan posisi ini, pastikan muka anda sentiasa memandang ke depan.

2. Menggerakkan badan. Senaman ini perlu dilakukan tanpa menggoyangkan badan ketika mengangkat dumbell ke atas.

3. Mengayuh tangan lurus ke atas dan bawah. Kesalahan ini memberi kesan besar terhadap bisep. Bawa dumbell ke depan ketika menurunkannya dan ke belakang apabila mengangkatnya dalam bentuk melengkung.

Saturday, 23 April 2011

Tip Style Hebat Goda SiDia~bukan diranjang yerr adek2~

Mencipta gaya dan tarikan
bagaimana mahu mencipta stail atau tampil hebat sehingga membuatkan sidia tercinta berkata 'WOW' wuyoo dan sebagainya smpai tbeliak bijik mata... 'you look so gorgeous syg' itu yg akan keluar dr mulut sidia. anda sebenarnya tidak perlu memakai pakaian yg berjenama atau membazir wang ringgit dengan membeli pakaian baharu. sebaliknya periksa alamari pakaian anda. lihat helaian sesuai yg kelihatan masih baru dan kemudia suaipadankan. tip berikut membantu anda mencipta style anda sendiri....

*pakaian dan saiz tubuh
amat penting yerr!!! apa jua jenis pakaian yg anda pakai ia haruslah selesa dan muat dengan saiz tubuh. baju atau seluar yg dipakai itu haruslah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. walaupun baju yg dipakai tidak menarik tetapi apabila ia muat sempurna pada tubuh, anda akan kelihatan lebih menarik. ingat yer!!!! pakaian yg muat dan sepadan dgn saiz tubuh adalah peraturan pemakaian yg penting.

*pakaian berona terang
sudah pasti anda mahu menciptakan perhatian dikala bersama sidia ketika menikmati hidangan makan malam. seboleh-bolehnya juga anda mahu menyembunyikan apa yg dirasakan tidak sempurna. persoalannya bagaimana??
caranya, gayakan pemakaian berona terang kerana ia memberi lebih fokus atau titik tumpu. jika anda tidak pernah memakai pakaian bewarna pink, apa kata gayakan warna itu. namun biarlah ia sesuai dengan tona kulit anda.( pink uii sy pun xpena try lagi i likes red)

*pemakaian aksesori
aksesori adalah pemilihan terbaek untuk mnarik perhatian. pemakai aksesori untuk lelaki berbeza dengan wanita. pemakaian aksesori biarlah sederhana, tidak berlebih lebihan. sebagai contoh sekiranya anda memakai cincin , pilihlah cincin yg unik bentuknya. amaran!! xla amaran keras tp tegas jugak laa jangan  memakai cincin lebih daripada satu bentuk pada jari anda. jika anda tidak gemar mengenakan jam tgn apa kata bertukar pada pilihan lain seperti seutas gelang perak yg mnarik rekaannya dan menepati karakter anda.

*pewangi juga penting
selain style anda, wangian juga dapat menarik perhatian sidia. menggayakan pakaian sempurna dibadan pastinya tidak lengkap dengan semburan pewangi yang menyerlahkan personaliti diri anda. pilih pewangi dr jenis Eau de Parfum dan Eau de Toilette yg mngandungi ekstrak musky wood, citrus, vanilla, cedar wood. bahan-bahan ini menonjolkan lagi kejantanan anda.

*pakaian bercorak
memakai pakaian bercorak juga salah satu cara untuk menarik perhatian sidia. seperti juga memakai pakaian berona terang, pakaian bercorak kekotak, geometrik atau abstrak sekalipun biarlah dapat menonjolkan diri anda. namun anda perlu memilih corak yg sesuai dengan saiz tubuh da warna kuli corak pakaian yg dipilih itu tidak harus menampakkan diri anda kelihatan lebih besar bagi yang bertubuh gempal, atau hilang titik tumpuan (terlalu bnyak corak) apa jua corak itu terpulang pada anda

Rahsia lelaki melalui bulan Kelahiran

JANUARI
lelaki ini sukar jatuh cinta tetapi jika sudah jatuh cinta dia akan amat mencintai pasangannya. dia juga mementingkan keluarganya dan akan mengatakan apa yg dia fikirkan. tetapi apabila berkahwin, dia dikatakan agak cerewet perihal kewamgan

FEBRUARI
dia agak kurang romantik dan sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara2 mnarik utk dlakukan, tetapi boleh jadi pendiam pada suatu masa dan ini boleh mengecewakan kekasihnya. dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat dengan komitmen

MAC
romantik dan mementingkan perasaan pasangan. tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan sehingga menyebabkan dia sukar untuk menambat hati wanita. sikap suka berlengah menyebabkan dia lmbat bkawen. ttapi dr segi bercinta dia adalah seorang yg 'hot' mengambil berat dan mengasihi serta menghiburkan pasangan.

APRIL
padanya cinta adalah amat penting. ketika mulabercinta bersikap baik hati, mudah jenaka dan suka bersuka ria tetapi apabila telah lama berkenalan mulai mencurigai pasangannya

MEI
dia mempunyai suara merdu dan mungkin menggunakan kelebihan ini untuk menarik hati wanita. lelaki ini ternanti-nanti hari perkahwinannya dan akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan.

JUN
dalam mencari pasangan hidup dia suka wanita yg boleh berfikir sendiri, tidak pendiam dan cerdik. paras rupa bukan menjadi keutamaan

JULAI
baginya kebahagiaan rumah tangga adalah keutamaan. dia adalah suami yg setia, penyayang dan amat sukar melafazkan cerai jadi dia akan bersedih jika rumah tangganya menghadapi masalah.

OGOS
kehidupan cinta adalah amat penting kerana dengan adanya orang yang mengasihi membuatkan dirinya bahagia, dia percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumah sebagai tempat berehat dan isterinya memberikan keselesaan setelah penat bekerja.

SEPTEMBER
dia adalah lelaki yg memntingkan kebijaksanaan dan kesempurnaan. sifatnya itu membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan, dan ini akan menjadikan dia bukan kekasihyang memuaskan hati pasangannya.

OKTOBER
dia biasanya adalah org yg cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian atau perabot. dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian org yg disayanginya atau sesiapa yg dia anggap penting

NOVEMBER
renungannya yg tajam seolah2 dapat membaca isi hati orang lain. dia akan berusaha bertahun2 untuk mencapai cita-citanya. dia suka jika dapat menunjukkan kuasa dan nampak lebih dominan dalam perhubungan. manakala dalam hal seksual, dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

DISEMBER
dia seorang yg suka bergaul dan insan yg paling romantik. lelaki ini mudah jatuh cinta kepada wanita. tapi dia tidak suka terikat dalam jangkan masa yg panjang. kononnya ramai lelaki berbintang sagitarius berkahwin lebih dari satu.

p/s: yg baik teruskan yg buruk cuba perbaiki... nobody perfect laa broo