Friday, 29 April 2011

Bunga Rose - disebalik keindahannya


ramai orang tertanya2 apakah maksud disebalik warna bunya ros yg diberikan oleh seseorang. adakah benar kita boleh menilai ketelusan hati seseorang melalui warna bunga yg diberikan. tentu tidak kan... tetapi walaubagaimanapun setiap warna pasti mempunyai feel yg berlainan oleh itu mari kita lihat warna yg sesuai untuk sidia 

Rose merah

Maksud yg ada pada bunga ros merah ini adalah yang paling jelas. Ia bermakna "Aku cinta padamu." warna ini dapat mempamerkan betapa hebat dan hangatnya cinta kamu pada sidia. wow


Rose pink gelap














Maksud yg tersirat pada bunga ini pula mempunyai makna "terima kasih". Jika seseorang yang anda kenal melakukan sesuatu yang menyenangkan untuk anda, memberikan mawar pink terang adalah cara yang baik untuk mengatakan "terima kasih".

Rose Pink lembut















Rose pink yg lembut membawa erti kebahagiaan. sangat mempesonakan apabila pasangan anda memberikan bunga rose berwarna pink lembut ini kerana ia membawa maksud "saya sangat selesa dan bahagia bila disampingmu".

Rose putih














mawar putih pula melambangkan ketulusan dan kemurnian. ini dapat menunjukkan keikhlasan seseorang dalam menjalinkan hubungan walaupun keikhlasan itu tidak dapat ditunjukkan secara zahir tetapi dengan memberikan jenis rose berwarna putih adalah salah satu cara terbaik untuk mempamerkan keikhlasan anda.


Rose kuning














Mawar kuning melambangkan persahabatan dan mengambil berat. Ini adalah hadiah yang begitu sempurna untuk diberikan kepada rakan-rakan atau diberikan kepada orang yang dicintai apabila anda  ingin mengatakan "bahawa sesungguhnya aku mengambil berat terhadap kamu". jika diberikan kepada teman pula membawa maksud "Saya senang dengan persahabatan kita." 



 Lavender Rose

















mawar berwarna lavender adalah simbol apabila seseorang itu "jatuh cinta". Anda boleh memberi kepada seseorang yang yang membuatkan anda terpikat dan berkata"Aku telah jatuh cinta dengan anda dan aku begitu terpesona denganmu."(untuk yg baru nak mengorat laa hehe)



Rose orange














rose oren pula adalah simbol dari keinginan. "Aku menginginkan kamu" atau "Aku ingin mengenal kamu dengan lebih dekat" ini adalah mesej yang dibawa oleh mawar oren. agak sensitive dan boleh disalah ertikan. sebaik-baiknya anda datang dengan penjelasan bersama bunga berwarna oren ini.


Rose hitam














Jangan sesekali memberikan rose hitam kepada seorang wanita walaupun anda sukakan warna hitam , kerana sayangnya, warna rose ini membawa erti "mati". ia juga mahu menunjukkan bahawa orang yg diberikan tidak pernah wujud atau hadir didalam hati mereka.

 














Warna rose jenis ini adalah paling sukar ditemui dan juga paling sukar untuk ditanam oleh kerana itu ia membawa maksud yg misteri kepada pemberi dalam menyatakan maksud isi hatinya. walau bagaimanapun bunga ini selalu dilambangkan oleh pemberi untuk memberitahu sang penerima bahawa "kamu mencuba mencapai sesuatu yg mustahil" walaubagaimanapun dia tetap berdiri dibelakang menyokong anda.



Rose Biru

No comments:

Post a Comment