Saturday, 23 April 2011

Tip Style Hebat Goda SiDia~bukan diranjang yerr adek2~

Mencipta gaya dan tarikan
bagaimana mahu mencipta stail atau tampil hebat sehingga membuatkan sidia tercinta berkata 'WOW' wuyoo dan sebagainya smpai tbeliak bijik mata... 'you look so gorgeous syg' itu yg akan keluar dr mulut sidia. anda sebenarnya tidak perlu memakai pakaian yg berjenama atau membazir wang ringgit dengan membeli pakaian baharu. sebaliknya periksa alamari pakaian anda. lihat helaian sesuai yg kelihatan masih baru dan kemudia suaipadankan. tip berikut membantu anda mencipta style anda sendiri....

*pakaian dan saiz tubuh
amat penting yerr!!! apa jua jenis pakaian yg anda pakai ia haruslah selesa dan muat dengan saiz tubuh. baju atau seluar yg dipakai itu haruslah tidak terlalu longgar dan tidak terlalu ketat. walaupun baju yg dipakai tidak menarik tetapi apabila ia muat sempurna pada tubuh, anda akan kelihatan lebih menarik. ingat yer!!!! pakaian yg muat dan sepadan dgn saiz tubuh adalah peraturan pemakaian yg penting.

*pakaian berona terang
sudah pasti anda mahu menciptakan perhatian dikala bersama sidia ketika menikmati hidangan makan malam. seboleh-bolehnya juga anda mahu menyembunyikan apa yg dirasakan tidak sempurna. persoalannya bagaimana??
caranya, gayakan pemakaian berona terang kerana ia memberi lebih fokus atau titik tumpu. jika anda tidak pernah memakai pakaian bewarna pink, apa kata gayakan warna itu. namun biarlah ia sesuai dengan tona kulit anda.( pink uii sy pun xpena try lagi i likes red)

*pemakaian aksesori
aksesori adalah pemilihan terbaek untuk mnarik perhatian. pemakai aksesori untuk lelaki berbeza dengan wanita. pemakaian aksesori biarlah sederhana, tidak berlebih lebihan. sebagai contoh sekiranya anda memakai cincin , pilihlah cincin yg unik bentuknya. amaran!! xla amaran keras tp tegas jugak laa jangan  memakai cincin lebih daripada satu bentuk pada jari anda. jika anda tidak gemar mengenakan jam tgn apa kata bertukar pada pilihan lain seperti seutas gelang perak yg mnarik rekaannya dan menepati karakter anda.

*pewangi juga penting
selain style anda, wangian juga dapat menarik perhatian sidia. menggayakan pakaian sempurna dibadan pastinya tidak lengkap dengan semburan pewangi yang menyerlahkan personaliti diri anda. pilih pewangi dr jenis Eau de Parfum dan Eau de Toilette yg mngandungi ekstrak musky wood, citrus, vanilla, cedar wood. bahan-bahan ini menonjolkan lagi kejantanan anda.

*pakaian bercorak
memakai pakaian bercorak juga salah satu cara untuk menarik perhatian sidia. seperti juga memakai pakaian berona terang, pakaian bercorak kekotak, geometrik atau abstrak sekalipun biarlah dapat menonjolkan diri anda. namun anda perlu memilih corak yg sesuai dengan saiz tubuh da warna kuli corak pakaian yg dipilih itu tidak harus menampakkan diri anda kelihatan lebih besar bagi yang bertubuh gempal, atau hilang titik tumpuan (terlalu bnyak corak) apa jua corak itu terpulang pada anda

No comments:

Post a Comment